Hijrah ke Batu Kawan
Assalamualaikum Terakhir saya update blog masih di Selingsing Perak. Sekarang saya sudah berpindah ke Batu Kawan. Hendak kata saya suka pindah radah tu tidaklah. Tetapi memikirkan anak-anak dan suami tersayang, dalam masa sebulan kami buat keputusan dan selamat berpindah ke sini. Kami tinggal berhampiran Stadium Batu Kawan, suami setiap hari berulang ke pulau mencari rezeki. Alhamdulillah kemudahan semua lengkap dan semuanya berdekatan sahaja. Tinggal di sini, walaupon sedikit jauh dengan mak dan adik-adik yang selalu membantu, rumah saya sebelah taman sahaja dengan kakak tersayang. Banyak urusan pindah ke sini di bantu oleh beliau. Sayang kakak saya hingga jannah.😘